'TITIK PERTEMUAN ILMU'
Bismillahirrahmannirrahim.
Sungguh aneh rasanya untuk memulakan mukadimah blog ini. Ini semua gara-gara cabaran Dr.Azizan Osman yang telah menyumpah semua pelajar yang menghadiri kelas Millionaire Marketing Mastery Mac 2016. Amboi! melampau tahap 'gaban' kesifuan Azizan ni. Satu dewan kena sumpah!.
"Anda semua wajib ada blog sendiri! Jika tak buat dalam tempoh 7 hari saya sumpah bisness anda semua tak berjaya !". Apa macam kawan?. Faham ke faham?. Jerkah DOA supaya pelajar kena bergerak pantas.
Kena promosikan diri dalam platform media sosial. Peduli kata orang luar. Ialahlah sebagai pelajar baru dalam kelas baru siapa tak terkejut beruk bila tiba-tiba sifu mengaum garang dan menyumpah anak murid. Petuanya mudah, ikut sahaja semua formula yang diajar untuk dunia perniagaan anda!
Lagi satu mesti bunuh 'biawak-biawak' yang selalu berbisik-bisik dalam kepala otak kita semua. Tertiba terbayang-bayang muka DAO dengan kedua-dua jari terlunjuk di hala di kepalanya. Teringat-ingat biji mata DOA yang tajam memandang dengan senyum senget memandang sorang-sorang pelajar dalam kelas.
Dulu pergi mana-mana bersepah tengok muka mamat ni. Dulu saya mana ada kisah dengan mamat ni. Lantaklah engkau!. Tak habis-habis meniaga air liur jual promosi kelas murah. Tahun 2008 DOA baru nak naik namanya sebagai pengajar ilmu perniagaan berbayar. Cuma saya tak hadap nak pergi kelas beliau. Seminar beliau masih dijalankan secara promosi seperti sekarang iaitu semurah RM30 - RM 50 untuk separuh hari.
Di majalah, di akhbar,blog, facebook malah kat lebuh raya pun dia ada! Jual air liur je!, tapi ramai gila yang pergi. DOA sah ada memakai ilmu pengasih!. Biawak saya selalu bisik macam tu. Suami saya yang tidak ada bisnes pun pergi!.Kuatnya pengaruh DOA ni. Saya mula selongkar peribadi DOA di almari Pak Google. Huh! teruknya dia!. Kesannya sampai 2015 saya dengan stigma lama. DOA bukanlah bakal idola saya untuk dijadikan sebagai prospek mentor perniagaan saya.
Saya mencari lagi. Itulah permulaan bisnes saya sementelah saya tanpa tersengaja terjerumus dalam ilmu perniagaan.
(sambungan....kalau nak ikuti sambungannya jangan lupa datang lagi tau!..anti klimaks gitu)
No comments:
Post a Comment